Pakej2Korea | Pakej 5 Hari 4 Malam - Seoul
 

Pakej Percutian ke Korea Musim Sejuk 2018

5 HARI 4 MALAM – SEOUL (JOINED TOUR) RM3099

Kini, Pakej2Korea sudah mula mengorak langkah dengan memperkenalkan pakej all-in yang termasuk sekali dengan tiket flight pada tarikh yang kami tetapkan. Pakej Percutian ke Korea 2018 ini direka khas dengan pengalaman lama kami mengurus pelancong Malaysia ke Korea sejak 2012 lagi.

 

Dengan harga yang murah serta berpatutan ini, kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan Tour Guide kami iaitu rakyat Malaysia sendiri yang berpengalaman serta fasih berbahasa Korea. Jadual perjalanan yang padat serta tiada tempat lawatan yang kena paksa beli atau dikenali sebagai ‘tourist trap’ tiada dalam jadual kami.

Kenapa Anda Harus Memilih Kami?

  1. 5 tahun tinggal di Korea dan tahu selok belok tentang Korea kerana kami adalah student Malaysia di Korea!
  2. Kami boleh bertutur dalam bahasa Korea dengan baik!
  3. Trip kami murah dan mampu milik!
  4. Kami menjaga makan minum yang Halal untuk anda!
  5. Kami akan pastikan anda dapat solat pada waktunya!
  6. Kami tidak bawa anda ke tempat ‘tourist trap’!
  7. Pakej kami tiada hidden charges!

Harga Termasuk

  1. Tour Guide fasih berbahasa Korean dan Bahasa Malaysia
  2. Tipping Fee
  3. Tiket penerbangan pergi dan balik dari Malaysia ke Korea serta 20kg Baggage Fee
  4. Sarapan, Lunch dan Dinner
  5. Pengangkutan (Private Bus)
  6. Penginapan (Double/Twin Bedroom di Guesthouse dengan attached Private Bathroom)
  7. Tiket Masuk (Tempat seperti di dalam itinerary yang disediakan)
  8. Travel Takaful

Harga Tidak Termasuk

  1. Duit Poket
  2. Makanan di atas Flight
  3. Bayaran bagasi lebihan had
  4. Ski Rental & Gondola Fee

Tentatif Perjalanan

HARI PERTAMA (SEOUL)
  • Tiba di Lapangan Terbang Incheon Korea- Pihak kami akan tunggu di Pintu Ketibaan.
  • Bergerak ke tempat penginapan.
  • Melawat kawasan bersejarah di Bandar Seoul iaitu Gyeongbuk Palace. Di sini anda akan berpeluang melihat sendiri aktiviti perarakan pertukaran pegawai pengawal istana.
  • Selepas makan tengahari, anda akan melawat Gwanghamun Square (Muzium King Sejong ) seterusnya sungai di tengah bandar yang menjadi tarikan pelancong iaitu Chongae Stream.
  • Solat Jamak Zohor dan Asar di surau yang disediakan Tourism Korea berdekatan dengan Chongae Stream. Dan bergerak ke Namsan Seoul Tower.
  • Makan malam dan pulang ke tempat penginapan.
HARI KEDUA (NAMI ISLAND)
  • Bertolak ke Nami Island sekitar 9pagi.
  • Sebuah pulau yang terkenal selepas drama Winter Sonata.
  • Pulau ini terletak kira-kira 63km daripada Seoul.
  • Makan tengahari serta Solat Jamak Zohor dan Asar di Pulau Nami.
  • Makan malam di Sindang Tteokbukki Town dan pulang ke tempat penginapan.
HARI KETIGA (VIVALDI SKI PARK)
  • Bertolak ke Vivaldi Ski Park sekitar 9 pagi.
  • Antara Ski Park yang popular dan dekat dengan Seoul.
  • Aktiviti bebas. Boleh bermain ski, bersiar-siar menaiki lift ke puncak bukit dan sebagainya.
  • Makan tengahari serta Solat di sini.
  • Makan malam di Seoul dan pulang ke tempat penginapan.
HARI KEEMPAT (SEOUL)
HARI KELIMA (SEOUL)
  • Selepas sarapan, check out penginapan.
  • Anda akan berangkat ke Lapangan Terbang Incheon Korea 4 jam sebelum waktu penerbangan anda.

Tarikh Penerbangan ke Korea

Buat masa ini, tarikh yang kami ada hanya pada 14-18 Disember 2018.

Penerbangan dari KLIA2 menaiki AirAsia pada pukul 00:50am dan tiba di Incheon Airport (Seoul) pada 08:20am. Manakala pulang ke KLIA2 pula pada 18 Disember 2018 pada pukul 09:35am dan tiba di KLIA2 pada 15:20pm.

Tempah pakej anda sekarang!

Bagaimana?

 

Whatsapp pakej2korea.wasap.my atau Call 0196511768 En Nik atau 0126083873 Pn Bushro dan maklumkan tarikh serta bilangan peserta trip.
Atau boleh tempah dengan mengisi borang di bawah!

Tempahan Pakej

Anda berminat dengan pakej ini? Sila isi borang di bawah untuk melakukan tempahan. Terima Kasih.

Anda juga berminat pakej seperti :

4 HARI 3 MALAM – SEOUL

5 HARI 4 MALAM – SEOUL

6 HARI 5 MALAM – SEOUL