Pakej2Korea | 4 MUSIM DI KOREA SELATAN
 

4 MUSIM DI KOREA SELATAN

4 MUSIM DI KOREA SELATAN

Secara geografinya, negara Korea termasuk antara negara-negara yang mempunyai 4 musim sepanjang tahun. Musim panas dan musim sejuk antara musim terpanjang di korea selain musim bunga dan musim luruh. Tahap perubahan suhu juga berlaku dengan cepat seiring dengan perubahan musim. Jadi pastikan persediaan awal kesihatan, pemakaian dan keperluan dilakukan terlebih dahulu sebelum ke negara korea mengikut musim pilihan anda

 

MUSIM BUNGA | SPRING | 봄 (bom)

Suhu (10 C -> 18 C)
Musim ini kebiasannya pada hujung bulan MAC hingga pertengahan bulan MEI. Bunga-bunga berwarna warni akan mula tumbuh pada awal Mac hingga lebat pada bulan April.

Bunga-bunga sakura di korea juga akan lebat di tepi tepi jalan seluruh negara sebelum semuanya bertukar kepada warna asal daun iaitu hijau dan beralih kepada musim panas

Waktu paling sesuai untuk menikmati kecantikan bunga-bunga yang baru hidup selepas musim sejuk ialah pada bulan APRIL. Rakyat korea juga akan membawa keluarga bersama-sama berkelah ataupun menghadiri pesta bunga besar-besaran di seluruh negara

 

MUSIM PANAS | SUMMER | 여름 (yeo-rem)

Suhu (23 C -> 35 C)
Selepas musim bunga berakhir, musim panas pula menyusul dalam hujung bulan JUN hingga hujung bulan OGOS

Musim panas di korea sangat berlainan dengan negara tropika seperti Malaysia kerana udaranya bahang dan kering. Rata-rata orang korea juga mempunyai cuti musim panas dimana mereka sekeluarga akan membuat aktiviti berkelah, mandi sungai, dan melancong ke negara lain

 

MUSIM LURUH | AUTUMN | 가을 (ga-eul)

Suhu (5 C -> 18 C)
Korea adalah antara negara yang kenal dengan kecantikannya pada musim luruh.
Musim ini berlangsung pada pertengahan bulan SEPTEMBER hingga hujung NOVEMBER sahaja. Pokok-pokok seperti gingko akan bertukar warna kuning keemasan manakala kebanyakan pokok lain bertukar mereah kemerahan

Musim ini digemari ramai kerana konsep romantiknya dengan daun penuh berguguran di laluan-laluan jalan seluruh negara. Ada juga yang berasa tidak senang dengan musim ini kerana singkat dan suhunya yang agak dingin dari biasa

 

MUSIM SEJUK | WINTER | 겨울 (gyeo-ul)

Suhu (3 C -> -15 C)
Musim sejuk di korea agak lama dan suhunya boleh mencecah hingga -18 C. Musim ini akan berlangsung pada awal bulan DISEMBER hingga hujung bulan FEBRUARI

.
Banyak aktiviti menarik sepanjang musim sejuk kerana pada waktu ini juga sekolah banyak ditutup dan rakyat menikmati cuti musim sejuk yang panjang. Antara aktiviti menarik ialah menangkap ikan di dalam tasik ais beku, gelongsor salji, ice skating terbesar di pusat bandar dan banyak lagi

.
Bagi warganegara Malaysia yang tidak mempunyai musim sejuk seperti ini, pasti akan berasa teruja tidak sabar untuk merasai musim sejuk di korea!

No Comments

Post A Comment