11 Jul 5 BEST PLACE TO PHOTOSHOOT IN AUTUMN SEASON
Bila pergi melancong semua orang akan terfikir nak pergi mana dan makanan yang teringin nak cuba, tetapi dalam masa yang sama mesti akan terfikir juga nak ambil gambar kenangan dekat mana yang best, menarik, cantik, romantik dan macam-macam lagi lah.
Jadi kali ni Oppa Kim nak bagi 5 je tips tempat-tempat yang menarik untuk ambil gambar kenangan romantis untuk semua, ada banyak lagi saja je bagi 5. Hahaha. Maybe ada antara tempat-tempat ni yang korang dah pergi pon cuma tak perasan atau lupa je.
1. Nami Island
Siapa yang tak kenal dengan Nami Island kan, salah satu tempat wajib yang korang kena pergi bila melancong ke Korea. Jangan lupa korang pastikan setiap cerok-cerok Nami Island tu ada tersoroknya tempat yang cantik yang tak semua orang perasan, hehehe.
2. Hangang River
Hangang River Park boleh kata tempat ni jarang disebut dalam kebanyakan artikel atau itinerary travel agensi, namun ramai juga yang tak tahu Hangang River ni juga merupakan salah satu tempat yang digunakan oleh Korea Tourism untuk menganjurkan apa-apa kebanyakan festival. Haaaa, tempat ni kalau korang pandai ambil angle cun nak bergambar memang cantik sebab boleh nampak seberang dan permandangan yang luas.
3. Namsan Seoul Tower
Tempat yang tak asing lagi buat semua orang Oppa Kim rasa, sesiapa yang datang ke Seoul pasti tak akan lepaskan peluang singgah di sini kan. Tempat yang pertama yang orang akan singgah adalah pagar yang penuh dengan kunci mangga tu, pastu jalan-jalan naik atas sikit. Tetapi jika korang perasan sebelum naik ke arah menara ni ada banyak tempat yang lebih cantik untuk bergambar sebelum korang sampai ke atas bukit tu. Hmmm, tak ingat? jangan risau boleh pergi lagi, dan pastikan bersama PAKEJ2KOREA ye, hehehe
4. Namsan Hanok Village
Lagi satu tempat yang rasanya semua orang tahu, namum pada musim luruh dan bunga tempat ini merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai mahupun pelancong atau penduduk tempatan untuk bergambar. Korang akan nampak orang bergambar di setiap cerok-cerok kawasan ni bagi mendapatkan angle yang cun melecun!
5. Gyeongbokgung Palace
Mostly bila sebut pasal Gyeongbokgung Palace ni ramai akan ingat “Hanbok” dan “Palace Guard” tapi tak ramai yang jalan pusing tempat ni betul-betul. Sebab masih banyak lokasi cantik orang korang bergambar dalam ni selain dari pintu gerbang dan bahagian depan istana. Tempat ni ikotkan besar sangat, so next time kalau korang ke sini luang masa jalan sampai hujung dan keliling cari spot rahsia istana ni, hehehe.
“Jadi sampai sini dulu Oppa Kim cerita kat korang, sekadar basic dulu, jangan lupa update blog, banyak lagi tempat-tempat rahsia yang belum Oppa Kim cerita ni. Jumpa lagi guys!”
No Comments