Pakej2Korea | 5 LOKASI TERBESAR PESTA BUNGA KOREA
 

5 LOKASI TERBESAR PESTA BUNGA KOREA

5 LOKASI TERBESAR PESTA BUNGA KOREA

Musim bunga di Korea Selatan adalah antara musim yang ditunggu-tunggu setelah hampir lebih 3 bulan berselimut tebal di musim sejuk. Suhu pada musim sejuk mencecah hingga -20 C dan salji tebal menyebabkan aktiviti di luar rumah agak sukar bagi rakyat korea sendiri.

Oleh itu, cuaca yang sederhana dengan angin sepoi-sepoi bahasa pada waktu musim bunga adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan

Pada musim bunga juga, pesta-pesta musim bunga dilakukan secara besar-besaran. Kerap kali rakyat korea juga menunggu berita hebahan pesta di tv dan internet untuk dilawati bersama kawan-kawan dan keluarga. Di sini admin kongsikan 5 lokasi terbesar pesta bunga di korea sebagai rujukan :

 

1. JEJU ISLAND

Bunga-bunga Ceri di korea akan mekar pertamanya di Pulau Jeju kerana cuacanya yang tidak begitu sejuk berbanding semenanjung korea. Tempoh pokok berbunga adalah sekitar bulan Mac hingga awal April sahaja

 

2. JINHAE

Jinhae ialah daerah di bandar Changwon, di sebelah barat Busan. Di sinilah pesta bunga terbesar akan diadakan setiap tahun bagi sebelah selatan. Perarakan kereta-kereta hiasan dan parade, gerai-gerai jualan makanan juga diadakan di sepanjang laluan pokok yang berbunga semasa pesta berjalan

 

3. GYEONGJU

Di Gyeongju pula, pesta pokok bunga ceri ini dapat dinikmati dengan pemandangan bangunan klasik dan traditional korea. Antara pusat terbaik menikmati pemandangan bunga di sini ialah di Daereungwon Stonewall Walkway, Heungmuro Cherry Blossom Road, dan The Wolseong Palace Cherry Tree Forest

 

4. YEOIDO

Untuk di bandar SEOUL, pesta bunga terbesar dan terkenal diadakan ialah di Yeoido iaitu di sebelah Sungai Besar Hangang. Pengunjung boleh menaiki bas atau subway dengan mudah kerana pesta diadakan di luar pintu keluar Station Yeoido sendiri. Tambahan pula terdapat taman yang sangat besar di sana di mana pengunjung boleh beraktiviti seperti berbasikal dan berpiknik bersama keluarga di bawah pokok-pokok ceri yang cantik

 

5. SEOKCHON LAKE

Antara tempat lain menyaksikan pesta bunga ceri yang cantik ialah di Tasik Seokchon yang juga berada di bandar SEOUL.  Pokok-pokok ceri berbaris kemas di keliling tasik dan di sepanjang laluan pejalan kaki

No Comments

Post A Comment