Pakej2Korea | 5 TOP NIGHT MARKET IN SEOUL
 

5 TOP NIGHT MARKET IN SEOUL

5 TOP NIGHT MARKET IN SEOUL

#1 DONGDAEMUN NIGHT MARKET

Jika anda jenis yang sukakan indoor shopping, anda boleh ke stesen Dongdaemun History & Culture Park di mana di situ terdapat banyak bangunan tinggi yang menyediakan pusat beli belah bertingkat. Ia dibuka sehingga lepas pada pukul 10 malam dan berlarutan hingga tengah malam. Barang wanita, lelaki, cenderahtai dan macam-macam lagi semuanya tersedia di sana.

Di bahagian luar stesen pula, barangan aksesori juga banyak dijual di dalam jenis khemah-khemah bercahayakan lampu kuning yang cantik. Selain itu juga, pilihan membeli belah barangan borong disediakan di exit 2 stesen yang sama

 

#2 NAMDAEMUN NIGHT MARKET

Pasar Namdaemun biasanya dibuka dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dan merupakan antara pasar yang paling terkenal di seluruh Seoul dan dikalangan pelancong. Di pasar ini anda akan menjumpai segalanya tentang korea termasuk sudu, keperluan dapur hingga ke pakaian traditional korea.

Tambahan pula mereka juga menjual makanan-makanan korea di tepi-tepi kawasan pasar jadi jika anda terasa penat atau lapar semasa membeli-belah, bolehlah singgah dan isi perut sebentar! 

#3 GWANGJANG MARKET

Gwangjang Market ialah antara pasar paling awal ditubuhkan di Korea pada tahun 1905 dan ia berdekatan dengan Pasar Dongdaemun. Jadi anda boleh ke dua-dua pasar dalam satu masa yang sama! Pasar ini terkenal dengan jualan pakaian traditional korea, hanbok.

Di sini segala jenis kain dan makanan korea dijual bersama-sama di bawah satu bangunan dan sesi tawar menawar harga juga biasa dilakukan untuk mendapatkan harga terbaik. Gerai makanan di sini juga dibuka sepanjang malam!

#4 BAMDOKKAEBI NIGHT MARKET (밤도깨비 야시장, bamdokkaebi yasijang)

Pasar ini asalnya dibuka di tapak Yeouido tetapi telah berkembang ke 4 lokasi lain di sebelahnya. Pasar ini juga berubah lokasi ikut hari dan bulan tertentu seperti pada malam jumaat atau sabtu, serta pada bulan Mac dan Oktober. Sambil membeli belah di pasar ini, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan yang cantik iaitu Stadium Mokdong dan Plaza Cheonggye.

Berbeza dengan pasar Dongdaemun, pasar ini lebih spesifik kepada menjual kraftangan dan makanan ringan. Kebanyakan pengunjung terdiri dari golongan muda yang ingin bersantai sambil menikmati snek-snek jalanan. Dengan keadaan pasar yang panjang sepanjang jalan, pengunjung juga dapat menikmati angin malam sambil berjalan bersama-sama orang tersayang.

#5 MYEONGDONG NIGHT MARKET

Pasar malam yang paling disukai ramai ialah Pasar Myeongdong kerana semua jenis keperluan dan fesyen mengikut trend semasa ada dijual di sini. Bukan sahaja terdapat stall di tepi-tepi jalan, malah 2 pusat membeli belah terbesar di korea juga ada di sini iaitu Lotte dan Shinsegae. 

Jadi apabila anda merancang trip perjalanan kali ini, senaraikan bersama 5 pasar-pasar yang dibuka pada waktu malam ini bersama. 

Pasti anda tidak bosan dan ada lebih banyak aktiviti bersama keluarga pada waktu malam!

 

No Comments

Post A Comment