06 Jan 5 TRENDING CAFE UNTUK DICUBA BILA KE KOREA
Apa yang bermain di fikiran korang, bila korang plan nak ke Korea? Rasanya kebanyakan orang pasti akan fikir tentang makanan yang hendak dicuba, tempat untuk dilawati dan juga nak ambil gambar kat mana kan, hehehe… Jadi kalini Oppa Kim nak share sikit cafe-cafe yang korang boleh lawati masa korang ke travel ke Korea nanti tak kisahlah 4D3N ke, 5D4N atau 6D5N. Korang boleh je request nak ke tempat-tempat yang Oppa Kim akan beritahu ni nanti, sebab di Pakej2Korea tour guide kami sporting dan fleksibel, atau nak pergi sendiri selepas habis waktu lawatan ke tempat-tempat yang Pakej2Korea bawa pon boleh.
1. C.THROUGH CAFE
Kalau korang minat latte yang penuh dengan seni, ini lah tempat yang korang kena pergi, sebab seriously latte die sangat cantik dan berseni. Ownernya yang bernama Lee Kang Bin memang ada banyak follower di media social sebab seni lattenya ini. Kadang-kadang rasa sayang je nak minum air yang cantik macam ni kan, hahaha.. yang minat update gambar-gambar makanan di social media korang pasti sukakan tempat ni.
Oppa Kim dengar cerita korang boleh request booking untuk special custom design nak letak nama awek korang atau wife atau family korang atau birthday pon boleh request die instagram diorang. Ada banyak lagi variasi minuman lain selain latte yang disediakan di sini, pastinya antara tempat menarik yang korang boleh singgah bila travel ke Korea nanti
Address: 403-3, Itaewon-dong, Yongsan-gu, South Korea
Opening Hours: Daily, 12pm – 10pm
2. OLD FERRY DONUT
Fuh,,,korang pernah tengok burger bertingkat kan? so kalini kite pergi donut bertingkat pulak hahaha.. salah satu tempat yang memang tengah Hot sekarang di Korea sebab rasa dan presentation yang sangat menarik, terutama pada penggemar donut dan yang suka bergambar. Berada lebih kurang 5 minit dari Hangangjin Station, ada macam-macam jenis donut yang boleh kata rare kat sini yang membuatkan korang nak try semua je 😛
menu signature diorang Tube Latte yang memang membuatkan korang terliur atau sekurang-kurangnya mesti nak rasa kan, mana nak dapat macam ni di Malaysia, makan cepat sebelum donut tu tenggelam, hahaha
Address: 66 Hannam daero, 27 gil, Yongsan-gu, Seoul
Opening Hours: Wednesday – Monday, 10am – 10pm. Closed Tuesdays
3. Peach grey
Tidak ada tempat yang lebih baik di Seoul untuk seni desert, daripada di Peach Gray. Dengan setiap pesanan makanan atau minuman, anda akan disediakan dengan cat palet cat air dan berus air, bersama dengan timbunan kertas kecil. Jika anda hanya ingin mewarna. Pancake souffle-esque, disertai dengan krim segar dan sajian buah yang dihiris hangat, mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disediakan tapi berbaloi untuk tunggu. Oppa Kim tengok pon dah terliur ni 😀
Address: Songpa-gu, Songpa-dong, 94, 1층, Seoul
Opening Hours: Daily, 11am – 9pm
4. Arari Ovene
Arari Ovene antara cafe yang akan sentiasa penuh pada waktu minum petang kerana keunikan dessert mereka, Oppa Kim dah pernah pergi dan memang tidak mengecewakan, kalau dekat dengan rumah ni hari-hari Oppa Kim pergi :D. Ada macam-macam jenis dessert yang disediakan dan korang boleh tengok di blog mereka. Kalau pergi ke Korea pastikan korang cari masa singgah cafe ni hehehe
Address: 487-375, Yeonnam-dong, Mapo-gu, Seoul
Opening Hours: Daily, 12pm – 9pm
5. JL Dessert bar
Korang pasti akan rasa nikmat yang tidak dapat dilupakan bila korang cuba dessert di cafe ni, Owner cafe ni bernama Chef Justin Lee yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang kulinari tidak akan mengecewakan korang, dessert nampak exclusive macam makan Michelin restoran kan, tapi harga berpatutan.
Terletak dekat je dengan Arari Ovene, so boleh lah try dua-dua kan hehehe
Address: 744-31 Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
Opening Hours: Daily, 1pm – 10pm
So itulah antara 5 cafe terbaik yang korang boleh cuba nanti, harap Oppa Kim membantu korang plan percutian ke Korea. Kalau plan cantik, semua tempat ni boleh pergi hehehe just request custom itinerary korang bila ambil pakej bersama Pakej2Korea.
#melancongkekorea #traveltokorea #jommelancong #happytravel #seoul #namiisland #jejuisland #travelbudget #pakejmurah #pakejkorea2020
No Comments