Pakej2Korea | Pakej2Korea 5 Hari 4 Malam - Everland
 

5 Hari 4 Malam – Seoul + Nami Island + Everland

DARI RM1499

Pakej Private Tour 5H4M Dari RM1499

Pakej2Korea menawarkan pakej percutian melancong ke Korea untuk Private Tour dengan harga yang murah serta Tour Guide yang berpengalaman (melayu muslim yang fasih berbahasa Korea dan menetap di Korea).

 

Pakej ini tidak termasuk dengan tiket penerbangan pergi dan balik ke Korea. Oleh itu, anda bebas memilih tarikh anda sendiri untuk pergi bercuti dan melancong ke Korea dan kami sedia menerima kunjungan anda bila-bila masa sahaja!

 

Pakej percutian ground ke korea ini sangat bersesuaian dengan anda yang sudah memiliki tiket penerbangan pergi dan balik ke Korea.

 

Pakej ini kami akan menguruskan kumpulan anda sahaja tanpa ada orang lain dan anda akan dapat lebih privasi dengan ahli kumpulan anda dan menikmati perlancongan yang tak kan dapat dilupakan. Boleh jalan slow-slow dan nak laju-laju pun boleh sebab kami bawa kumpulan anda sahaja. Nak ambil gambar banyak-banyak pun tak perlu risau mengenai orang lain.

Kenapa Pakej2Korea Terbaik?

  1. Kami adalah private tour guide anda yang hanya akan menguruskan kumpulan anda sahaja sepanjang trip di Korea. Oleh itu, anda dapat lebih privasi bersama ahli kumpulan anda sepanjang percutian di Korea.
  2. Tour Guide kami malaysian yang fasih berbahasa Korea untuk memudahkan urusan anda sepanjang di Korea nanti.
  3. Jadual perjalanan ke destinasi-destinasi menarik, pengangkutan, tiket masuk, makanan Halal, solat dan sebagainya akan kami uruskan.
  4. Percutian bersama kami juga lebih flexible” bertemakan “free & easy“.
  5. Anda tidak terikat dengan waktu dan tempoh percutian seperti travel agensi lain.
  6. Kami tidak melawat tempat-tempat ‘paksa beli‘ seperti travel agensi lain.
  7. Kami adalah syarikat travel agensi yang berdaftar dengan kementerian pelancongan.

Apa kata pelanggan Pakej2Korea?

Maklumat lanjut tentang review dan testimoni boleh lihat lagi di  https://www.facebook.com/pakej2korea/reviews/

Harga Pakej2Korea Everland (Public Transport)

4-6orang – RM1899 seorang
7-10orang – RM1799 seorang
11-15orang – RM1499 seorang

Harga Pakej2Korea Everland (Private Transport)

4-7orang – RM2699 seorang
8-10orang – RM2499 seorang
11-14orang – RM2199 seorang
15-19orang – RM1899 seorang
20-35orang – RM1699 seorang

Pakej adalah termasuk

  • Malaysian Tour guide yang fasih berbahasa Korea
  • Penginapan 2 Bintang
  • Pengangkutan (Public: Seoul Metro Subway,Public Bus /  Private: MPV, Van, Bus )
  • Makanan Halal (Breakfast, Lunch & Dinner)
  • Tiket Masuk Tempat Lawatan ((Termasuk Everland One-day Pass)
  • Takaful Perjalanan

Tidak termasuk

  1. Tiket Penerbangan Pergi Balik (Malaysia-Korea, Korea-Malaysia)
  2. Wang saku perbelanjaan peribadi.

Tentatif Perjalanan

HARI PERTAMA (SEOUL)
  • Tiba di Lapangan Terbang Incheon Korea- Pihak kami akan tunggu di Pintu Ketibaan.
  • Bergerak ke tempat penginapan.
  • Melawat kawasan bersejarah di Bandar Seoul iaitu Gyeongbuk Palace. Di sini anda akan berpeluang melihat sendiri aktiviti perarakan pertukaran pegawai pengawal istana.
  • Selepas makan tengahari, anda akan melawat Gwanghamun Square (Muzium King Sejong) seterusnya sungai di tengah bandar yang menjadi tarikan pelancong iaitu Chongae Stream.
  • Solat Jamak Zohor dan Asar di surau yang disediakan Tourism Korea berdekatan dengan Chongae Stream.
  • Bertolak ke Itaewon dan ke Masjid Seoul. Makan makanan Halal Korea di restoran berdekatan.
HARI KEDUA (NAMI ISLAND)
  • Bertolak ke Nami Island sekitar 9pagi.
  • Sebuah pulau yang terkenal selepas drama Winter Sonata.
  • Pulau ini terletak kira-kira 63km daripada Seoul.
  • Makan tengahari serta Solat Jamak Zohor dan Asar di Pulau Nami dan aktiviti bersiar-siar di teruskan.
  • Seoul Namsan Tower (*tidak termasuk kos lawatan)
HARI KETIGA (EVERLAND)
  • Bertolak ke Everland  sekitar 9 pagi.
  • Akan berada di sini selama satu hari dengan tiket One-day Pass.
  • Makan malam dan pulang ke tempat penginapan.
HARI KEEMPAT (SEOUL)
  • Aktiviti bermula pada jam seawal 9 pagi. Anda akan dibawa untuk membeli-belah di Bandar Seoul.
  • Namdaemun Market – Brooch, Souviner
  • Myeongdong Fashion Street – Shopping Street
  • Gwangjang Market
  • Dongdaemun Market
  • Makan malam dan pulang ke tempat penginapan.
HARI KELIMA (SEOUL)
  • Selepas sarapan, check out hotel.
  • Anda akan berangkat ke Lapangan Terbang Incheon Korea 4 jam sebelum waktu penerbangan anda.

Tempahan Pakej

Anda berminat dengan pakej ini?

 

Bagaimana?

 

Whatsapp pakej2korea.wasap.my En Nik.
Atau boleh tempah dengan mengisi borang di bawah! Terima kasih.

Anda juga berminat pakej seperti :

4 HARI 3 MALAM – SEOUL

6 HARI 5 MALAM – SEOUL