02 Mar ADA APA DENGAN INCHEON?
Selalu apabila berkata tentang Incheon, pasti hanya lapangan terbang sahaja yang akan muncul di minda pengunjung. Akan tetapi terdapat 3 tempat utama yang wajib anda lawati sekiranya berada di Incheon!
Dan sebenarnya Incheon adalah salah satu bandar yang terbesar, iaitu yang ketiga besar selepas Seoul dan Busan. Ia juga adalah Perlabuhan kedua paling besar negara Korea Selatan. Jom kita lihat 3 tempat paling menarik untuk dilawati di Incheon ini!
1. Chinatown
Chinatown mempunyai pintu gerbang yang sangat besar di hadapan pintu masuknya. Dan anda boleh melihat pintu gerbang ini sebaik sahaja turun di station pintu keluar station keretapi Incheon
Laluan di sepanjang Chinatown ini berwarna merah semuanya melambangkan warna kaum negara China dan makanan serta cenderahati dari negara China juga banyak dijual di sini. Sementara lagu-lagu traditional negara China dimainkan di sepanjang laluan, anda juga boleh mendapati mee terbaik dan terkenal negara china iaitu Jajangmyeon versi negaranya sendiri. Sanagt sedap dan berbaloi semuanya!
2. Songwol-dong Fairy Tale Village
Sebagai satu usaha projek kerajaan untuk membangunkan kawasan perumahan di sekitar Incheon, Kerajaan Korea telah mengubah suai satu bahagian kecil di bandar ini kepada tempat tarikan pelancong iaitu bandar Fairy Tale. Anda boleh sampai ke sini dengan hanya 10 minit berjalan dari Chinatown.
Pekan Fairy ini dihiasi dengan cantik dan dibina seolah-olah kesemua bangunannya mempunyai penduduk di dalamnya. Pekan ini sangat sesuai dilawati bagi mereka yang membawa anak-anak kecil bersama ke Korea Selatan.
3. Wolmido Island
Tempat terakhir yang paling terkenal di bandar Incheon ini ialah Pulau Wolmido, iaitu pulau yang berhubung terus dengan tanah rata melalui satu highway yang panjang, sejurus memudahkan para pengunjung untuk ke sana dengan kenderaan sendiri juga.
Di sini anda boleh menyaksikan sudut matahari terbit atau matahari terbenam yang tercantik dari pulau-pulau di Korea yang lain. Disamping itu juga pelbagai fiesta juga diadakan sepanjang tahun bagi meraikan para pengunjung dari serata dunia!
Untuk ke Wolmi Waterfront Esplanade, anda boleh menaiki bas bernombor 2 atau 23 dari station bas yang berada paling hadapan stesen keretapi Incheon. Jom mula merancang perjalanan anda dengan lebih menarik di Incheon sebelum ke bandar Seoul!
No Comments