02 Mar ADA APA DENGAN JEJU?
Jeju adalah antara destinasi baru di korea selatan yang menjadi pilihan pelancong Malaysia selain Busan.
Penduduk di Pulau Jeju menggunakan dialek bahasa yang lain dengan penduduk bandar Seoul. Seperti juga penduduk busan dengan dialeknya, perbezaan dialek jeju yang ketara dan unik boleh dikenal pasti serta merta.
Walaupun Jeju adalah sebuah pulau, ia adalah salah satu destinasi yang penuh dengan tarikan semulajadi yang memukau para pelancong. Jom kita lihat apa yang ada dengan Pulau Jeju ini :
1. Gunung Hallasan
Antara gunung tertinggi di Jeju yang menjadi pilihan para pengunjung dari pelancong dan penduduk tempatan sendiri. Gunung Hallasan ialah bekas Gunung Berapi yang pernah meletus suatu masa dahulu. Pendakian gunung ini tidak begitu susah dan terdapat tangga yang disediakan sepanjang laluan hingga ke puncak.
2. Teddy Bear Museum
Bagi peminat teddy bear anda pasti tidak mahu melepaskan peluang meawat museum terkenal ini. Hampir lebih 1000 teddy bear disini dibuat sendiri dan dipamerkan dengan ceritanya tersendiri.
3. Air Terjun CheonJyeYeon
Bagi pencinta alam semula jadi, Jeju adalah pilihan yang tepat kerana di sana terdapat banyak air terjun yang sangat terkenal iaitu air terjun CheonJyeYeon. Nama lain air terjun ini ialah “Pond by God” kerana keadaannya yang istimewa iaitu airnya yang keluar dari gua dan terbagi kepada 3 saluran berlainan. Di sini aktiviti mandian dibenarkan dengan pakaian mandian yang sesuai
4. Seongsan ILCHUBONG
Dari jarak jauh anda mungkin akan melihat sebuat tebing tinggi dengan 99 buat batu besar di sekeliling permukaan atas gunung. Tetapi pada jarak dekat anda akan lihat bentuk sebenar Seongsan ILCHUBONG ini iaitu sebuah gunung api besar yang pernah meletus suatu masa dahulu. Di tengah-tengah gunung ada kelihatan seperti satu kawah yang besar yang kini menjadi sebuah tasik jernih.
5. Jungmun Beach
Bagi pengunjung dan penduduk tempatan sendiri, sudah pastinya Jeju dikelilingi pantai kerana ia adalah sebuah pulau. Jungmun Beach mempunyai pasir yang berkilat-kilat pada waktu siang dan anginnya yang kuat di sepanjang pantai membolehkan aktiviti ‘surfing’ dijalankan.
6. JusangJeolli cliff
JusangJeolli Cliff terjadi apabila tercetusnya lava dari Gunung Berapi Hallasan. Lava-lava tersebut mengalir ke laut dan terus kecut mengeras menjadi batu-batu tersusun seperti tebing yang tinggi. Kecantikan bentuk batu-batu ini menjadi tempat utama bagi para pengunjung dari serata dunia
7. Gua Manjanggul
8. O’Sulloc Museum
Korea juga terkenal dengan produksi teh berkualiti dan antara ladang teh yang bantu meningkatkan ekonomi negara ialah ladang teh di jeju ini iaitu O Sulloc
9. Jeju Folk Village Museum
10. Jambatan Seonimgyo
Jambatan ini boleh di lalui di antara jalan masuk ke Gunung Seorak atau Seoraksan. Ukiran yang unik di sepanjang jambatan menjadi perhatian para pengunjung sebagai tapak sejarah yang bermakna
No Comments