
02 Mar ADA APA DENGAN SOKCHO?
Sokcho terletak di bahagian selata Seoul iaitu di daerah Gangwon-do dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki bas selama 2.5 jam dari bandar Seoul.
Terdapat 5 benda menarik untuk anda terokai di Sokcho iaitu :
1. Melawat Perkampungan Abai dengan menaiki bot
Kampung Abai ialah satu perkampungan dimana penduduknya adalah pelarian dari Korea Utara semasa perang dunia ke-2. Untuk sampai ke perkampungan ini anda harus menaiki boat istimewa yang disediakan. Yuran masuk ke kampung ini hanyalah 500won.
Kampung ini selalu dijadikan lokasi penggambaran seperti drama AUTUMN IN MY HEART dan variety show 2 nights 1 day. Kalau anda suka melawat kawasan-kawasan kampung, sukakan photography, ingin melihat lokasi kawasan bersejarah maka kampung Abai ini adalah pilihan yang tepat.
2. Makanan Laut yang Segar
Berdekatan dengan jeti bot untuk ke kampung Abai, terdapat beberapa kedai atau lot kecil yang menjual makanan laut segar seperti makanan terbaik Sokcho iaitu ikan bakar!
Antara makanan lain yang menjadi kegemaran pelancong juga seperti Ketam pedas, ketam hidup, Nasi goreng ketam (게뚜껑볶음밥) dan mee ketam turut dijual di sana.
3. Mendaki Gunung Seorak di Seoraksan National Park
Sememangnya gunung Seorak menjadi kegemaran pelancong dan rakyat korea sendiri kerana pemandangannya yang sangat cantik untuk semua musim sepanjang tahun. Gunung ini paling ramai dikunjungi pengunjung pada musim luruh kerana cuacanya yang tidak berapa sejuk, dan tidak terlalu panas. Untuk mengelakkan kesesakan anda boleh cuba untuk melawat pada hari minggu biasa (bukan hujung minggu) dan di waktu pagi.
Bagi anda yang tidak berniat untuk mendaki dan hanya mahu melihat pemandangan dari atas gunung Seorak, anda boleh menaiki Kereta Kabel yang juga ada disediakan di sana. Akan tetapi masa menunggu boleh mencecah hingga 2 jam sekiranya pengunjung terlalu ramai dan sesak.
4. Membeli belah di Pasar Ikan & Pelancong Sokcho.
Pasar ini memang khas dibangunkan untuk pelancong tetapi juga menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan berkunjung pada waktu cuti. Pasar ini lebih meriah pada waktu malam berbanding siang. Pemilik kedai dan penjual sangat mesra dan suasana pasar ini memang menarik perhatian pelancong dengan pelbagai barang jualan seperti snek makanan segar, baju, kasut dan lain-lain.
5. Aktiviti di Pantai Seokcho
Daerah Sokcho terletak di tepi laut jadi pantai Sokcho menjadi tumpuan utama pengunjung ke Sokcho selain gunung Seorak (seoraksan).
Anda pasti sahaja mahu bersantai di pantai yang tenang selepas mendaki gunung seorak yang tinggi dan mencabar. Di sana seperti biasa semua aktiviti pantai ada disediakan seperti banana bot, water jet dan lain-lain.
Jadi kalau anda ingin ke korea, jangan lupa untuk melawat Sokcho dan seisinya. Pasti menjadi satu tempat menarik yang tidak dapat dilupakan!
No Comments