Pakej2Korea | BERAPA HARI PERLU BERADA DI KOREA?
 

BERAPA HARI PERLU BERADA DI KOREA?

BERAPA HARI PERLU BERADA DI KOREA?

Tempoh terbaik untuk melancong ke korea selalunya adalah dengan mengikut tema perjalanan anda sendiri. Tempoh melancong tersebut dikatakan terbaik apabila anda telah memenuhi kehendak atau tujuan masing-masing seperti

1. Food hunting

2. Culture and Tradition

3. History

4. Study

5. Business Trip

6. Scenery & Attractions

 

Bagi mereka yang bertemakan food hunting, mungkin boleh ambil masa yang singkat dari yang lain kerana trip perjalanan ini selalunya flexible hingga ke lewat malam.

Bagi yang mencari info atau ingin mengenali Korea Selatan lebih dalam lagi dari segi Culture & Tradition, History, mungkin anda memerlukan masa yang lebih panjang kerana satu tempat lawatan mempunyai masa yang terhad untuk dilawat dan kadangkalanya hanya mengikut musim. Bagi yang minat untuk melawat tempat-tempat menarik yang terkenal di korea, tempoh SEMINGGU juga adalah antara yang terbaik kerana rata-rata tempat kunjungan pelancong berada di BANDAR SEOUL.

Kecuali bagi mereka yang sukakan pemandangan semulajadi mungkin akan memanjangkan tempoh lawatan untuk ke PULAU JEJU dan BUSAN?

Secara amnya, tempoh perjalanan yang terbaik ialah apabila anda dapat merancang perjalanan dengan kemas dan memenuhi kehendak masing-masing. Selamat merancang dan dapatkan khidmat perancangan yang menarik juga dari pakej-pakej kami

No Comments

Post A Comment