Pakej2Korea | JENIS PENGANGKUTAN PERGI + BALIK AIRPORT
 

JENIS PENGANGKUTAN PERGI + BALIK AIRPORT

JENIS PENGANGKUTAN PERGI + BALIK AIRPORT

Seperti yang anda tahu, perjalanan dari Lapangan terbang ke hotel atau bandar mempunyai lebih dari satu jenis untuk mana-mana negara pun. 

Untuk di Korea Selatan, kami sertakan panduan untuk jenis pengangkutan yang efisyen mengikut pilihan anda. 

 

1. BAS

      

Pengangkutan bas agak mahal tetapi bas akan berhenti di kebanyakan tempat yang lebih spesifik berbanding keretapi. Bas juga lebih pantas dan selesa. Perkhidmatan bas boleh diambil di luar pintu lapangan terbang mengikut kawasan. Tiket bas boleh dibelli di booth tiket sebelum anda beratur menunggu bas. Map yang dilalui bas tersedia di setiap checkpoint bas sendiri mengikut nombor. 

Harga bas : 13,000+ won

 

2. SHUTTLE TRAIN (AREX) 

Keretapi atau subway adalah alternatif terbaik bagi mereka yang travel sendiri kerana sistem keretapi korea adalah sangat efisyen dan tepat. Semua stesen terpampang rapi di map dan anda hanya perlu tahu berhenti di stesen yang dimahukan. Kos minimum bagi subway ini dari lapangan terbang ke stesen seoul ialah dalam 8,500won. Ikut sahaja panduan ikon subway di lapangan terbang dan anda akan sampai di stesen utama untuk ke bandar-bandar lain. 

 

3. TEKSI

Oleh kerana Lapangan Terbang Incheon berada di Pulau, semua kenderaan berdarat perlu melalui jambatan untuk pergi balik ke sana. Jadi mengambil teksi untuk ke hotel atau bandar mungkin akan dikenakan caj yang sangat tinggi kerana jauh. Kebiasaanya teksi dinaiki untuk ke kawasan Incheon sendiri atau kawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang. 

Teksi boleh diambil di luar pintu-pintu utama dan anda hanya perlu melihat tanda merah pada atas teksi tersebut. Jika ada tanda merah, maksudnya teksi itu kosong dan boleh dinaiki. Sekiranya tidak bertanda, makanya teksi itu sudah punyai penumpang

Tips : elakkan menaiki teksi hitam kerana ia adalah teksi jenis gred A dan cajnya lebih mahal dari teksi biasa

 

4. KENDERAAN PERIBADI

Bagi yang mempunyai lesen luar negara, anda boleh menempah kenderaan sewa di kaunter sewa di dalam kawasan lapangan terbang. Jenis caj juga semestinya mengikut jenis dan size kereta yang ingin digunakan. Jangan lupa Korea adalah antara negara yang pemandunya di sebelah kiri! 

No Comments

Post A Comment