Pakej2Korea | KAWASAN LAWATAN KANAK-KANAK
 

KAWASAN LAWATAN KANAK-KANAK

KAWASAN LAWATAN KANAK-KANAK

Sudah tentu anda juga mahu melawat tempat kawasan yang mesra dan sesuai untuk kanak-kanak sekiranya anda membawa bersama anak-anak bercuti di korea selatan

Walaupun korea dikatakan tempat lawatan yang romantik bagi pasangan baru berkahwin, kawasan lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak juga kesemuanya sangat menarik dan menyeronokkan

Di sini admin kongsikan antara tempat-tempat lawatan yang mesra kanak-kanak dan keluarga sebagai rujukan :

 

1. Children’s Grand Park

Taman yang sangat luas ini membolehkan anak-anak kecil berlari dan bermain tanpa batas. Disamping terdapat taman tema di dalamnya yang sesuai untuk kanak-kanak seperti cawan pusing, roller coaster dan macam-macam lagi.

Terdapat juga mini zoo yang memuatkan lebih 100 haiwan untuk tatapan pengunjung tidak kira musim

 

2. Seoul Global Culture and Tourism Centre

Di sinilah tempat pertama menjadi pilihan pengunjung yang membawa kanak-kanak dan keluarga yang besar. Tempat ini sesuai diluangkan bersama keluarga untuk belajar tentang kebanyakan tradisi dan budaya korea, di samping boleh mencuba permainan-permainan traditional korea yang disediakan

 

3. COEX AQUARIUM

Aquarium ini terletak di dalam Mall Besar Coex di tengah bandar Seoul. Keluarga dan kanak-kanak boleh menikmati pemandangan ikan sambil bersiar-siar kemudiannya di Mall untuk shopping, makan dan sebagainya

 

4. LOTTE WORLD

Lotte World adalah salah satu taman tema yang tidak asing lagi di kalangan pengunjung serata dunia. Dengan konsep indoor dan outdoor play, pengunjung dapat bermain rides yang sesuai mengikut umur. Suasana di sebelah tasik juga membolehkan pengunjung terutamanya keluarga untuk berpiknik di kawasan luar sambil bermain bersama

Pasti kanak-kanak mahu meluangkan masa seharian di sini kerana terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan

 

5. EVERLAND

Selain Lotte World, Everland juga antara taman tema yang terbesar di korea. Konsep bukaan laluan yang luas membolehkan keluarga beraktiviti dengan santai. Hiasan bunga-bunga di sepanjang kawasan taman tema pula menjadi tarikan pengunjung terutamanya perempuan dan kanak-kanak. Disinilah kebanyakan pesta bunga terbesar diadaan seperti pesta bunga tulips, bunga mawar dan banyak lagi.

Pasti anda tidak mahu lepaskan peluang membawa anak-anak anda berseronok di sini

 

6. YEOIDO PARK

Taman Yeoido ini adalah taman persinggahan yang cantik disediakan di tengah bandar seoul. Ramai pengunjung yang datang berehat dan berkelah di sini menikmati pemandangan pokok-pokok ceri di sekeliling taman dan sungai hangang yang tenang disebelahnya.

Disini juga khidmat sewa basikal dan kasut roda disediakan, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak meluangkan masa kualiti bersama.

No Comments

Post A Comment