Pakej2Korea | Sejarah Gyeongbokgung Palace
 

Sejarah Gyeongbokgung Palace

Sejarah Gyeongbokgung Palace

Bila cakap pasal Gyeongbokgung Palace ni, Oppa Kim yakin ramai yang tahu dekat mana dan merupakan tempat yang wajib korang akan pergi bila melancong ke Seoul sebab ianya merupakan salah satu tempat-tempat menarik di Korea. “Changing Guard Ceremony” dan “Wearing Hanbok” merupakan salah satu sebab orang datang ke Gyeongbokgung Palace ni, namun berapa ramai je yang tahu sejarah tempat ni ??? hmmm..

Jadi Oppa Kim nak cerita la sikit, sejarah Gyeongbokgung Palace ianya merupakan istana diraja yang pertama dan terbesar semasa zaman Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace terletak di tengah-tengah Seoul (pada dahulu dikenali sebagau Hanyang) yang menunjukan kemegahan Dinasti Joseon. Ianya yang terbesar diantara 5 istana (Gyeonghuigung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Changdeokgung Palace) dan bertindak sebagai istana utama pada waktu itu.

Kerajaan Korea telah banyak melabur masa dan kesungguhan dalam membina semula, membaik pulih dan memperbaiki Gyeongbokgun Palace ini demi generasi akan datang. Proses pembaikan semula istana ini termasuklah juga dari kerosakan yang di lakukan pihak Jepun semasa pemerintahan mereka

Selama 43 tahun yang lalu, hanya 3 pintu dibuka untuk masuk ke istana ini, iaitu pintu selatan (Gwanghwamun), pintu utara (Sinmumun) dan pintu timur (National Folk Museum). Jadi bagi menyenangkan pengunjung-pengunjung dari arah berlainan, pintu barat (Yeongchumun) telah dibuka kepada orang awam pada Disember 2018.

No Comments

Post A Comment