23 Jan TAHUN BARU DI KOREA
Budaya menyambut tahun baru di korea sama sahaja seperti di negara China. Mereka juga mempunyai jenis tahun berdasarkan binatang seperti monyet, kuda dan lain-lain.
Tahun baru di korea dipanggil sebagai “설날” (seol-lal) dan perayaan budaya ini berlangsung seiring dengan perayaan tahun baru cina. Iaitu pada awal tahun (Januari/Februari). Rakyat korea juga akan bercuti sempena perayaan ini supaya budaya menyembah moyang mereka dapat dilaksanakan pada pagi hari tahun baru.
Pada hari tahun baru ini rakyat kebanyakannya akan memakai pakaian traditional mereka iaitu “hanbok”, dengan pelbagai warna. Mereka juga akan bermain permainan traditional bersama-sama keluarga sepanjang hari selepas upacara menyembah nenek moyang.
Antara makanan traditional pada hari ini ialah TTEOKGUK (Rice cake Soup) dan JEON.
TTEOKGUK ialah sejenis sup bersama Tteok (rice cake) dan sesiapa yang meminumnya akan bertambah umurnya satu tahun.
JEON pula ialah sejenis lempeng yang dimasak bersama kebanyakan sayur lain. Ia akan di potong secara kecil-kecil dan dihidang bersama sos kicap.
Sesiapa yang ingin bercuti pada musim perayaan tahun baru ini perlu membuat persediaan awal kerana kebanyakan kedai tutup pada hari tersebut dan tiket juga sangat mahal
No Comments